Tuesday, December 22, 2009

Hobi Baru???

2005,
Golf..hmmm big investment till today...
But I realy enjoy the game and make lot of freinds.
2008
Mountain Biking..I buy a new complete big...and upgrade...sell the frame buy new frame and sell the whole bike and built another bike from leftover and secondhand frame hahhahhahaha
love the thrill and the end result..my bike now collecting dust...

End of the year 2009...DSLR....hmmmmmmmmmmmmmmmmm still thinking...

Friday, March 27, 2009

Hidup ini...

Hidup ini ada masa santai, lapang, luang, sesak penat..hmmm kalau aku jumpa satu perkataan yang sesuai untuk gambarkan hidup ini..hmm tak dapat aku fikirkan lagi..

20 Jan 2009..hadirnya orang baru dalam keluargaku..'Alani Iman..
Alhamdulillah, Teh dah Iman (nama manja) sihat. Semalaman aku berjaga dari mula masuk ke wad dak ke bilik bersalin. Ini kali kedua aku dapat melalui pengalaman yang begitu beharga. Pengalaman yang membuat para suami, bapa terdetik untuk membuat yang terbaik untuk keluarga mereka. Apatah lagi melihat penderitaan si isteri untuk melahirkan anak.

27 Mac 2009,
Sudah lebih 2 bulan masa berlalu, Iman makin berisi dari 2.5kg, sekarang sudah 5kg, Aiza anak sulungku pula makin suka bermain dengan adiknya. Semuanya kulihat semakin erat sekarang.
Aktiviti luarku (hobi??) semakin berkurang sekarang, Bulan pertama selepas kehadiran Iman memang aku hadkan pergerakan ku..bulan kedua aku mula terasa culas untuk bermula semula..

Hmmm aku dalam dilema..
mungkin minggu minggu mendatang akan mengembalikan semangat aku. Aku perlu memercikkan kembali api yang padam, keinginan yang suram..

Ku harap aku dapat berkayuh semula pada April ini..

harapan jangan tinggal kenangan..

Tuesday, January 6, 2009

Orang Malaysia

Banyak cerita mencuit hati ataupun yang sinikal tentang perangai orang Malaysia. Aku cuba ingatkan beberapa cerita yang aku suka..

1. Soalan: Kenapa Alex Yong (Pemandu F1) tidak menang kalau berlumba?
Sebab dia mesti akan berhenti atau perlahan kereta kalau ada kemalangan..:)

Dah jadi sifat orang Malaysia yang begitu ambil berat dan mempunyai rasa ingin tahu yang kuat. Tapi kalau dah datang berhenti sekadar untuk melihat atau mengumpul modal untuk bercerita baik tak payah berhenti, menyusahkan orang lain, menyesakkan jalan raya. Cuba kalau tengah slow down atau berenti kenderaan yang eksiden tu meletup dengan korang korang naya..

2. Bila Naik LRT, selepas 5 tahun aku berulang alik naik LRT banyak perangai orang Malaysia yang aku perhatikan.

a). Malu malu kucing: Bila Tren dah kosong sikit dan ada tempat kosong (ramai yang tersipu tersipu untuk duduk) takut nanti orang kata kurang upaya atau dah tua. Tapi apa salahnya kalau kita duduk dulu (Untuk beri ruang laluan atau orang yang nak naik ruang untuk berdiri ?) Kaalu ada orang yang lebih memerlukan barulah bangun dan bagi tempat duduk yang ada, kan mudah. Ini korang sanggup berhimpit kat depan pintu kononya nak cepat keluar. Padahal menyusahkan diri dan orang lain juga.
b) Kuat tidur atau buat buat tidur: Ada suatu hari aku tengah naik dengan seorang wanita mengandung. Baris depan aku ni buat tidak tahu sahaja. Hmm padahal yang duduk itu semuanya wanita. Yang diorang tahu buat buat pejam mata kononya tak nampak atau tidur lah. Sedih juga aku tengok minah tu berdiri. Aku yang lelaki ni pun tahu sengsara orang mengandung.
c) Kalau yang muda remaja masuk dalam tren dengan rakan rakan lain mulalah buat tinggi suara. Aku tahulah kau orang kurang perhatian dan kasih sayang. Tidak perlulah nak bagitahu yang kau orang ada dalam Tren tu, bukannya orang lain tak nampak.

Hmmm nantilah aku sambung lagi...

Friday, January 2, 2009

Hmm Penat

25/12/08
Jemi..(adik lelakiku), telah memberitahu seawal tahun lalu yang beliau akan berkahwin pada 26/12/08. Aku sekeluarga bersiap untuk pergi awal sehari kerana memikirkan keadaan Mummy yang sarat mengadung anak yang kedua. Pukul 2.00pm isteriku menjerit dari bilik air "Daddy!!! bleeding" Zooommm zush aku membawa Mummy ke Damansara Specialist. Mummy di tahan untuk semalaman, Alhamdullillah, tiada apa yang patut kami bimbangkan, pendarahan telah berhenti dan kandungan dalam keadaan yang normal.
26/12/08
Keluarga ku memberitahu adikku selamat di ijabkabulkan dengan sekali lafaz. Hmm aku terlepas salah satu perkara yang penting dalam hidup Jemi. Di atas nasihat Dr , Mummy dinasihati untuk berehat. Aku memutuskan untuk bertolak pada malam itu selepas Mummy ku hantar ke rumah Abah untuk berehet. Pukul 8 aku bertolak dan sampai ke Kepala Batas, Kedah pukul 12.30 pagi.
27/12/08
Hmm terlalu letih aku tidak dapat tidur di dalam rumah sewa yang hanya beralaskan karpet kerana semua bilik telah di gunakan oeh ahli keluraga ku yang lain.
3.30 pagi aku memutuskan ke Alor Setar untuk tidur di hotel,
4.00 pagi check in di motel Seri Gemilang.
8.30 pagi Talefon berdering dering bertanya di mana aku..
1000 pagi aku bertolak ke rumah sewa.
1230 tgh kami sekeluarga bertolak ke rumah pengatin prempuan..
5.00 pm setelah selesai semuanya, aku bertolak pulang ke KL
830pm selamt sampai di Kelana Jaya
Arghhhhhh begitu memenatkan...

Monday, December 22, 2008

Masa Bersantai

19/12/2008
Pagi yang cukup hening, seperti yang telah aku janjikan pada Mummy dan Jaja (buah hati permata jantungku) kami akan ke Fraser Hill untuk bersantai. Seperti biasa Jaja begitu liat untuk bangun dari lena dan sudah menjadi rutinnya untuk berdolak balik bila tiba masa bersiram, "Daddy, please Susu" "Ok Jaja siram dulu baru minum susu" " No, Susu please, please"..
Hmm panadai my wife ajar dia gunakan perkataan "please"...
Tengahari selepas Jumaat, bertolak ker Mid Valley, " Daddy kita kena beli tilam angin takut tak cukup tilam" kata isteriku.. ok..
Ini yang paling aku tak suka terjebak kat Jusco, Reket badminton Gosen 50% potongan harga, aku "ter" beli satu. Terdetik juga didalam hati bila dan dengan siapa aku nak bermain nanti. Tapi dah jadi lumrah lelaki, jikalau berkenaan dengan alatan yang mereka suka, mereka lebih ke arah "biar ada walaupun tidak digunakan". Begitulah terjadi pada joran dan mesin memancing aku yang terus terbiar mengumpul habuk.
Pukul empat petang aku mula bertolak dari Mid Valley ke arah Jalan Kuching, menyusuri jalan lama ke arah Ipoh, Rawang, Serendah, Rasa dan Kuala Kubu Baru kami lewati. Ketika melalui Serendah terdetik kenangan lampau ketika aku gila bermain golf. Saban minggu aku ke arah sana, jika tidak ke Serendah Golf Club aku ke Kundang Golf Club.
Sampai di empangan Kuala Kubu, terpegun kami dengan keheningan tasik buatan manuasia, aku ambil keputusan untuk berehat seketika menikmati angain tasik dan sinar cahaya matahari, begitu segar rasanya di sana.
Perjalanan diteruskan melalui jalan berliku, sekali lagi kami berhenti di jalan "gap" yang mana masih ada 8 km lagi untuk sampai kesana. Jalan Gap ini adalah satu-satunya jalan yang menghubungi ke puncak Fraser Hill. Sempit dan berliku adalah perkataan yang sesuai untuk aku gambarkan jalan ini dan hanya di buka pada satu arah sahaja pada setiap jam. Waktu genap yang bermula dari pukul 6 pagi untuk turun dan waktu ganjil untuk menaiki ke puncak. Dari pukul 8 malam ke 6 pagi ia di buka untuk kedua arah.
Hanya memerlukan 15 minit untuk sampai ke atas, dan kami berhenti di restoran puncak untuk menikmati makan malam. Sungguh aku kagumi kepada peniaga disana kerana masih mengekalkan harga yang rendah berbanding dengan Bukit Tinggi ataupun Genting.
Pukul 8 pm kami sampai di Silver Park resort, suasana berkabus dan berangin, begitu menusuk kesejukkan di sana.
9.00 pm, ayah mertuaku memberitahu yang mereka telah pun sampai di restoren puncak, aku mula mengisi angin ke dalam tilam yang baru ku beli. Terdetik sedikit penyesalan kerana tidak membeli pam angin elektrik, mengah juga aku mengepam. Isteriku hanya tersenyum.
Tiada apa yang dapat aku gambarkan susana malam di Fraser Hill. Berkabus, berangin dan sunyi dari bunyi jentera jentera. Sungguh bening dan menenangkan.
20/12/08
Pagi yang pertama di Fraser Hill, Jam menunjukkan pukul 8 pg, tetapi dengan kabus yang masih meliputi puncak bukit, seperti suasana subuh di kampungku. Aku menyusuri jalan yang bsah dan mencari sarapan pagi untuk pagi itu.
Pukul 10pagi, aku, Yeop dan Abah (ayah mertuaku), membuat kepitusan untuk menduga lapangan golf di FRaser Hill, Kelab Golf Fraser Hill, hanya mempunyai 9 lubang, berada di hadapan Menara Jam dan Pejabat Pos FRaser Hill. Keadaan padang yang tidak terjaga, Fairway yang sepatutnya mempunyi rumput yang pendek tapi di tumbuhi rumput yang panjang. Ramai yang kehilangan bola disini, ditambah lagi dengan padang yang sentiasa basah, bola begitu mudah tenggelam ke dalam tanah.
Makan tengahari di Olde Smoke House, satu pilihan yang memang tepat. Dengan harga yang premium, suasana restoren ala Ingeris dan layanan yang mesra begitu menyenangkan.
Hmmm malam dengan susana yang tidak berbeza seperti semalam.
21/12/08
Masa untuk pulang, bergamabr di hadapan Menara Jam dan Pejabat Pos bersama Jaja dan Mummy....
Coretan ini begitu panjang..begitu malas untuk aku menyudahkannya. Untuk coretan yang lain akan kupastikan ia pendek..sekian..

Tuesday, December 16, 2008

Rutin Pagiku

Hmmmm
Tiada yang lebih indah dari dalam hidup ini bila aku terbangkit dari lena di sebelah orang-orang yang tersayang.
Tiada yang lebih segar dari menghirup udara pagi yang yang dingin dan menikmati keheningan pagi.
Tiada yang lebih lega bila sampai di tempat kerja dengan selamatnya.
Tiada lebih enak dari Nasi Lemak bungkus Bro Hamdam dan segelas air nescafe yang di buat sendiri.
Tiada yang lebih akrab bila berbual sambil menghembuskan asap rokok dengan rakan-rakan sekerja.
Tiada yang lebih bermakna bila mula mengadap monitor memulakan kerja untuk mencari sesuap rezeki yang halal...
Hmmmm masih panjang hari ini...